Aneka bentuk Produk

Kayu Kokka / Kaukah dari Timur Tengah


Kayu koka merupakan kayu yang bermutu tinggi dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Malah kayu koka juga telah digunakan bagi membuat Bahtera Nabi Noh. Tongkat Nabi Musa dan Nabi Syuib A.S juga dibuat dari kayu koka.

Kayu Kokka merupakan ciptaan Allah SWT yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan. Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih dan cincin. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.

Kayu koka didapati dari pokok koka di dalam hutan dara di Negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir, dan Afghanistan. Pokok Koka merupakan tumbuhan hutan bersifat perrenial (tahunan) dan hidup secara meliar. Namun demikian, terdapat usaha dari Negara-Negara Arab menanam pokok kokka sebagai satu industri pertanian untuk membekalkan kayu kokka yang kini mendapat tempat di pasaran dunia. Walaubagaimanapun, kayu kokka yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya diambil dari buah kokka yang berkayu.

Kayu kokka mempunyai banyak kelebihannya sejak zaman dahulu lagi dan telah digunakan oleh para nabi sebagai bukti kekuasaan Allah S.W.T di dalam memberikan perlindungan dan penawar kepada manusia. Kayu kokka dipercayai dapat menghalau makhluk halus yang jahat, menghalang dari sihir, melindungi diri dari kekejaman musuh dan banyak lagi. Tidak perlulah diutarakan dengan mendalam di sini kerana telah ramai orang mengenalinya dan memakainya.

Para ulama dan sejarawan mengatakan bahwa Kaoka/Kokka adalah jenis kayu yang paling tinggi nilai dan mutunya. Kayu ini telah digunakan sejak zaman dahulu kala oleh orang-orang besar dimasanya dan diantaranya adalah untuk pembuatan kapal Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS (bisa di sebut kayu Musa), dan juga tongkat Nabi Syuaib AS.
Kaoka/Kokka sangat masyhur dan diminati, khususnya di daratan Melayu termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan negara-negara Islam lainnya.
Saat ini Kaoka/Kokka hanya bisa didapati di Nigeria, Turki, Madagaskar dan Iran, dengan beberapa perbedaan jenis, yaitu yang tumbuh di hutan dan pesisir, dan yang berusia muda dan tua.

Cirri khas Kaoka/Kokka : Tenggelam ke dalam air (tidak mengapung),
senantiasa nampak berminyak dan memiliki aromna wangi khas Kaoka/Kokka.

Khasiat Kaoka/Kokka :
• Rumah yang memilikinya insya Allah terlindungi dari kejahatan makhluq gaib.
• Untuk anak yang selalu menangis dan tidak mau tidur, letakkan di bawah bantal atau rendam di dalam air lalu diminumkan, insya Allah akan cepat tidur.
• Sakit urat/oto, gosokkan ke bagian yang merasakan sakit, insya Allah akan lega.
• Sakit gigi, rendam kedalam air hangat, lalu gunakan untuk berkumur dan diminum, insya Allah sembuh.
• Terkena gigitan binatang berbisa dan lainnya, gosokkan kebagian yang terkena gigitan atau meminumnya, insya Allah bisa/racun akan hilang.
• Sekiranya dipakai pada badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar dan berbisa.
• Sekiranya dipakai, kemudian ada orang yang berniat mencelakakannya, maka insya Allah dengan seizing-Nya tidak akan terjadi apa-apa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar